Feb 28, 2012

Jodoh

Bila cakap pasal jodoh.Aku selalu jadi buntu.Banyak yang dah berlaku.Terlalu banyak.Dan aku tahu,aku punca segalanya.


Kadang kadang aku sayu tengok orang lain,yang sudah jumpa pilihan hati.Katanya nekad dan tekad,berjanji setia untuk sehidup semati.Bagi aku,once kau sudah punya pilihan hati tiada istilah untuk kau berpeleseran berdua dengan yang lain walaupun dalam kata teman baik kerana itu tidak adil bukan bagi sidia disana yang setulus menyayangi dan mencintai kau sedangkan kita disini menipu atas dasar cinta tetapi disebaliknya berdiri diatas rasa kepentingan diri sendiri.


Kadang kadang saya keliru dengan diri sendiri.Rasa sayang itu cukup komplikasi untuk kita hurai satu persatu.Sedaya saya untuk melupakan kisah lalu yang saya cipta sendiri dan hidup dengan kehidupan kini tapi ia terlalu rumit untuk dibahaskan.


Semahunya saya mahu lari.Lari dari belenggu ini.Saya yakin Tuhan ada perancangan yang lebih baik buat saya yang saya sendiri tidak tahu.Pujuk hati sendiri,kuatkan keimanan dihati.Jodoh itu pilihan Allah buat kita.Tidak perlu disesali,tidak perlu ditangisi andai itu bukan pilihan sebenar dihati.Kerna lambat laun kita akan belajar mensyukuri,pilihan Allah adalah yang terbaik untuk menemani dan berkongsi.


Aku mahu lupakan cerita lalu.Moga Allah memberi sinar baru yang aku sendiri buntu dan tidak tahu.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails