Jan 16, 2012

Perlu ke nak ubah pasangan jadi apa yang kita nak?

Aku nak nasihatkan pada siapa siapa la kan yang rasa ada hati nak mengubah pasangan korang ikut acuan yang korang nak selagi korang dengan dia belum ada ikatan yang sah,aku rasa baik korang rentikan je.


You know what.Hati manusia ni kita tak tahu.Kadang kadang bila kita cakap,kononnya macam nasihat ke arah kebaikan kan tapi tanpa kita sedar yang kita sebenarnya sedang memaksa dia untuk berubah ke arah sesuatu yang mungkin dia belum bersedia atau mungkin belum terbuka pintu hatinya tapi DISEBABKAN KITA dia mengubah dirinya.


Tapi tibe tibe la kan Tuhan nak tunjuk kat belakang korang,dia tetap macam dulu.Agak agak apa korang rasa?Tertipu?Ditipu?Atau menipu?Korang nak salahkan dia sebab dia tak berubah.Hello! Korang sedar tak siapa korang kat atas dia.Apa hak korang atas dia?Kenapa mesti dia berubah sebab korang kan.


Bagi aku orang paling hebat adalah orang yang boleh mengubah manusia yang lain ke arah kebaikan tanpa perlu berkata sebaliknya dengan perbuatan.Seriusly.Aku pernah rasa benda tu.Aku pernah buat dua dua sekali.Memaksa orang untuk berubah dan memaksa diri sendiri untuk berubah dulu sebelum nak orang lain berubah.


Kadang kadang ada orang suka perasan bagus,konon dia dah cukup baik sampaikan suruh orang lain buat macam nj macam tu supaya setaraf dengan dia la konon tapi kenapa kita yang duk poyo suruh orang buat itu ini tak check diri sendiri dulu.Dah perfect sangat ke diri sendiri ni sampai kita mempunyai kuasa veto untuk mengubah orang lain even korang rasa dia tu awek/pakwe/teman tapi mesra korang ke kan.Who cares?


Tak salah menasihati tapi biarlah nasihat tu sekali dan berhikmah.Andai tak melekat mungkin kita kene check diri kita dulu.Tunjukkan teladan yang baik.Jadi macam mana yang korang nak pasangan korang jadi untuk korang sebelum korang demand itu ini.Percayalah once korang cube berubah setapak ke hadapan ke arah kebaikan insyaAllah pasangan korang pun akan ikut sama melangkah even korang tak suruh pun.Kalau dia tak ikut kemungkinan dia bukan jodoh korang sebab Allah dah tentukan hambanya yang baik akan mendapat yang setimpal dengan kebaikannya.Itu janji Allah.


Senang kan.Fair and square.Jadi tak payahla sibuk sangat mencari yang sempurna siap bagi tempoh untuk berubah sebaliknya kitalah yang kene sibuk mencuba menjadi yang sempurna itu.


Just some random thought.Peringatan untuk diri sendiri yang mudah lupa (diri).huhu

3 comments:

Pocket said...

ubah orang ngan cara diri sndiri berubah dulu? pergh! memang susah tu, sebab kalau sndiri gagal...
lagi seronok lah orang lain tu nak happy sndiri...

'nak jadi alim konon'
kata dia...


adehlaaaa..

rathiqah azmira rosli said...

sorry i dont get u sbb sy rasa bila kita berubah adalah untuk diri sendiri.kalau org terasa nak ikut,itu satu bonus.Bukan matlamat kita berubah adalah untuk bagi org lain berubah.thats not true.berubah kerana Allah so mmg takkan ada istilah gagal sbb kita mmg takde yang sempurna disisi Tuhan

Anonymous said...

jika masih dalam bercinta, cukup la sekadar menasihat. ikut atau tak pasangan itu telah melambangkan dirinya yang sebenar bila dia telah menjadi pasangan kita yang sah. jika dia ikhlas mendengar nasihat kita dan berubah demi kebaikan bersama,dialah pasangan yang terima kita seadanya..

btw, nape tbe2 topik ni? de kawan luah masalah ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails