Jan 31, 2012

Buntu

Kalau nak cakap pasal cita cita,memang dari kecil minat aku ke arah kegiatan kegiatan seni.Mula berjinak dengan tarian sewaktu sekolah rendah dan akhirnya minat tu tersimpan sehingga ke hari ni.Tapi setiap kali peluang itu datang atau peluang itu dibuka,aku rasa ragu ragu bukan dengan kebolehan aku tapi dengan kemampuan aku.


Faham?

Kemampuan aku untuk menjaga diri.Itu sebenarnya.


Dulu mungkin aku yakin yang aku boleh bawak diri dengan cara dan prinsip aku tapi manusia boleh berubah dalam masa 1 saat dan kini aku rasa jati diri aku tak seteguh dulu dan aku sangatsangat ingin 'mencari' semula jati diri itu.Bukan aku nak kata,tapi cukup hanya bekerja sampingan ditempat yang berunsurkan hiburan sudah boleh melalaikan apatah lagi aku meletakkan ia sebagai kerjaya.



Aku tak tahu apa yang sedang aku buat sekarang.Berpakaian dengan pakaian yang orang minta tapi bukan kemahuan aku,bergaya dengan apa yang orang minta tapi bukan atas kerelaan aku.Dulu aku teringin nak jadi popular masuk tv,bla bla bla sebab aku rasa aku boleh tapi aku rasa ini bukan jalannya.Seriusly aku buntu.


2hari 1malam aku dikuala lumpur cukup menyedarkan aku kepada kelompok masyarakat yang sanggup bergadai segalanya termasuk maruah diri hanya untuk popular atau untuk hidup mewah.Ohhh itu seriusly bukan aku.Aku punya prinsip,aku punya batas dalam setiap apa yang aku buat.


Aku nampak sekarang ramai perempuan yang nak dikenali.Yang nak jadi model muslimah katanya.Aku pun suka berposing dan berphotoshoot bagai tapi kadang kadang sebab terlalu ramai sangat orang nak jadi macam tu,aku jadi rimas.Kalau keluar manamana,aku jadi kesian kat perempuan perempuan yang berusaha keterlaluan untuk nampak trendy,cantik dengan dengan mekap dimuka bla bla bla.Seriusly kita (perempuan) taknampak cantik langsung tetapi kelihatan sangat kesian sebab terlalu mencuba untuk meraih perhatian.huhu



Aku tak mahu itu semua.Aku tak mahu jadi wanita streotaip masa kini.



Tapi aku gagahkan diri untuk mencuba.Tahu kenapa?Jujurnya aku sangat sangat teringin nak jumpa wardina dan artis artis wanita lain yang sedang memperjuangkan islam dengan cara mereka.Yes.Sebenarnya aku nak jadi macam wardina.Dikenali tapi dengan cara yang Tuhan redha insyaAllah.Mencari jalan Tuhan dan bekerja disitu.Teringin sangat.herm


Aku sebenarnya dah stress ni dan tak tenang.Rasa nak marah je.huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails