Dec 26, 2010

Kenduri arwah dan shopping

JUMAAT

Hai.Aku baru balik ni dari shah alam.Pergi shah alam sebab mak lang buat kenduri arwah.Tak tahu la kudrat apa kan sampai aku tak tidur langsung dalam kete sepanjang perjalanan padahal aku tak cukup tidur kot.Lepas tu bila sampai umah mak lang terus rasa ngantuk lantas tertidur.Orang tengah sebuk sebuk kat dapur aku siok tido.hehe



Lepas tu bangun je tdo terus pegi dapur sebab lapa.Ni memang habit aku kalau kat rumah yang ada dapur.Bangun tdo tak basuh muka tak basuh mulut terus sorooo.hehe Mintak maap le pada bakal mak mentua ye.hahaha


Muka fresh baru bangun tdo



desert import dari ipoh



Lepas dah tolong sikit sikit,masa nak dekat maghrib semua dah nak siap siap.



jeng jeng jeng
bakal pelapis ustazah bahiyah
hahahahahahhaha



close up sikit



Punyalah gigih nak buat kenduri,mama suport satay 1000 kot.Bawak fresh dari ipoh siap dengan pembakar satay sekalik.Mula mula abah macam pening pening sapa la nak bakar nanti.Tengok tengok haaa cucu cucu semua rajin dengan rela hati nak tolong.Adik aku yang tak pernah nak tolong tiba tiba jadi rajin kan.





Mana tumpahnya kuah kan kalau tak kenasi.aku ikut mak aku la bangun bangun je terus nak makan.lepas tu selalu tak sabo.orang belum makan lagi,mak aku dah pulun dulu.ehe




Tapi yang bestnye,puas gila dapat main dengan anak anak sedara aku.Dah macam cikgu tadika haa aku.Depe lari,aku tolong kejo.Dah la nakal nakal semuanya.Ni sorang ni memang manja gila.Aiman haziq.Comelllllll sangat sangat.Tak tahan aku.hahaha






minum pun nak suap.kalau dia nak apa apa mula la nak menyendeng nyendeng kat aku.nasib comel cam aku.hahahhaha




Esoknya pulak aku dengan kakak dah plan dengan sepupu nak pergi plaza Gm kat kelang.Perghh mantop gak ar.Aku habis dalam 200 hengget.Tu pun puas aku dengan kakak aku istighfar supaya tak membazir.Bapak aku siap perli,jangan nanti aku asik nak pegi kl je lepas ni.heh Balik je dari shopping,aku bantai tdo.Nangtuk gila.Lepas tu,malam makan dominos ramai ramai.Dan dah konyang pulang la masing masing ke teratak masing masing.




Sekarang aku tengah kemas kemas barang.Blur nak kemas apa.huhu Banyak nau aku rasa nak bawak.Oke la dah pukul 3 kan.Banyak lagi tak kemas.Doakan perjalanan aku sekeluarga esok selamat sampai dan selamat pulang.



xoxo cewahhh.haha

Dec 22, 2010

Today is my day,december 22!!


Hai korang.Hari ni aku bangun paling lewat dalam sejarah aku duduk dirumah selama sebulan ni.Sebab apa?Sebab bapak aku takde.Dan sebab hari ni hari jadi aku.Dan sebab aku qada tidur kelmarin dan semalam.


Btw tenkiu toce toce pada semua semua yang wish aku tak kira guna telegram ke guna dunia tanpa sempadan ke.Aku sangat sangat terharu sampai nak menitis airmata darah.aha Sori pada kawan kawan yang singgah belog aku.Aku bukan takde masa.Masa banyak sangat tapi sekarang otak tengah fikir tentang masa depan.Banyak benda aku kene kira balik.Kene fikir balik demi masa depan aku.cewah.So,tunggu aku dah stabil aku yakin betullllllllll aku akan pergiiiii belog koranggggg!!!!!!



Buat kawan kawan yang wish suruh aku kawen cepat sempena ulang tahun ke 21 ni korang kene tahu bahawasanya wish korang tu sangat menikam sanubari aku.hahahaha Mana taknya,bayang bayang calon suami pun aku taknampak,inikan nak nikah.Apa pun umu aku muda lagi,banyak benda aku nak buat masa tengah bujang ni.hehehe



Aku sangat tak sabar nak jumpa lecturer aku untuk menunjuk muka bersalah aku tentang sem lepas.arghhhhh tensen betul dengan diri sendiri.doakan aku berjaya ye korang.aku pun doakan korang gak.sampai disini saja pertemuan kita.ada sapa sapa nak bagi aku hadiah?aku dengan rela hati nak bagi alamat ni.hahahahaha



moga korang dan aku berubah demi kebaikan dan kehidupan yang kekal diakhirat sana.insyaAllah:)



lupa,tenz kat rumet sebab buat entry kat belog beliau:)

Dec 20, 2010

Hari minggu yang lalu

Bukan bawak awek tengok cerita hantu oke...(lirik lagu senario)



Semalam kan,kiteorang anak beranak macam nak pergi jalan jalan makan angin.Ala saje nak bagi senak perut kumpul angin banyak banyak dalam badan.Lepas tu blur tak tahu nak kemana,mak aku suruh bagi cadangan aku pulak bagi cadangan baik punya dengan selamba cakap 'MA,KITE PERGI SEOUL JE LA'.Memang kene makian secara halus la kan.Ala tapi apa ada kesah?Tak salah mencuba kan.Patutnya aku cakap kat mak aku camni 'MA,KITA PERGI UMRAH JELA'.Barulah bangga kan mak aku melahirkan aku kedunia ini.cewah



Setelah ditimbangtara,kiteorang pergi LATA KIJANG.Bukan untuk mandi tapi untuk tengok orang mandi.Aku pun tak paham mak aku bawak pergi lata kijang.Eh bukan mak aku yang bawak,mak aku tolong bagi air je kat bapak aku kalau dia haus.Yang bawaknya bapak aku.Aku pulak tolong menghangatkan suasana.heh Tapi ekau semuo tahu,den ni memang dah kemaruk bona dari kurun keberapa masihi tah memang nak sangat mandi ayo terjun jadi bilo den nampak ayo terjun tu dari jauh den dah taching da.Mau den tak taching.Impian jadi kenyataan.Macam dream come true la gamoknyee.



Apa lagi,aku terus memintas mak aku yang waktu tu menduduki tempat pertama dalam perjalanan kami menaiki jambatan tu.Gila ah.Aku tak tahan kot nafsu tengok ayo tu mengalir.Dia macam panggil panggil je aku suruh mandi.Tapi nak mandi aponyo,baju spare pun tak bawak.Tapi tak best gak mandi sebab manusia punyalah bersepah.Ish ada pakcik cina tu siap tuka seluar relax je pakai tuala.Agak agak la kan.Tuala tu dah la terbelah.Lepas tu nasib aku baik pulakkan terbelahnya bahagian tengah.Haa tocongang den ha.Nak kalih pandangan macam dah takdir je aku tertengok.Jadi tengok jela.Lagipun free kan.hahahahahahhaha


Jom nikmati keindahan alam semulajadi di LATA KIJANG bersama keindahan kami anak beranak juga.heh




muka aku excited habis.raso nak lebur je badan dalam air ni.nasib aku tak bawak gogle aku.heh



fes time mama nampak pucat sebab lipstik dah hilang.abah pulak yang over ceria.




bersama kakak tersayang




bersama adik second last tersayang..




tritoges.hahahaha




bersama adik terakhir tersayang
cewah pejadah tak semua tersayang ni.hehe



motif?tepilah sikit.aku bukan nak tunjuk kau la.aku nak tunjuk air terjun belakang tu.heh





oke.dah cukup.



Lepas dah bersantai santai secara profesional kat situ.Kiteorang pun gerak pergi keyell.Motif?Sebab mak aku nak pergi usha tudung dekat Jalan TAR.Perghh ni pun dream come true gak sebab asek la dengar orang pergi jalan tar beli itu ini dengan harga yang berpatutan.Alih alih hari ni termakbul gak doa aku.Gila gambel bapak aku meredah lautan kereta pergi Jalan TAR hari hari minggu.Nak je aku jerit dekat manusia manusia kat situ suruh balik jap.Bagilah can kat aku ni ha yang jakun baru pegi jalan Tar.kan?



Mula mula aku macam cacing kepanasan gak.Bukan aku je mak dengan kakak aku pun.Leher panjang je nengok kedai kedai tepi jalan tu.Naik berpino mata aku tengok.Mak aku pulak dah tak sabo sabo sebab lambat nau nak carik paking kan.Last last jumpa mak aku yang selama ni sakit kaki asal jalan jauh tibe tibe jadi pantas macam baru lepas minum redbull.Perghh steady je jalan menuju destinasi.Aku pulak gatal pegi tengok tempat lain jap.Kalih kalih mak abah dengan kakak aku dah hilang.



Perghhh,dah la masa tu aku takde duit sesen pun.Henfon pulak dengan bijaknya aku tinggalkan dalam kete.Nasiblah ada 2 orang adik aku ni.Kiteorang gigih cari ibu bapa kiteorang yang missing tu.Tapi hampa.Penat woo aku carik.Muka kerut seribu je sepanjang perjalanan.Aku pulak masa tu tengah berpenyakit wanita jadi bertambah tambah la kebengangan aku ketika itu.Last last aku bengang,aku patah balik pergi kat kereta dan tumpang kerusi acik acik yang penjual tu.Buat muka relax duduk tunggu sampai ibu bapa kembali.



Takdelah best sangat jalan tar tu mungkin sebab terlalu ramai orang kot.Aku kan tak suka ramai ramai orang ni.Kepala aku akan sakit gila nanti.Conclusionnya,aku takbeli apa apa pun.Tapi tadi ada hati plan dengan mak aku nak pergi jalan tar jumaat ni.Pagi pagi subuh yang hening nak bertolak.hehe Nak berbelanja dengan lebih tenang sikit.Lagipun ahad kan aku dah nak pulang ke penang dah.sob sob sob (cewahh..padahal gembira kan.hahahah)




Dec 18, 2010

Adore gile

Tadi aku (rujuk gadis diatas) telah pergi teman kakak aku pergi kenduri kawen adik angkat dia.Oh pity my kakak sebab adik angkat telah diangkat menjadi isteri terlebih dahulu.Tape kakak next year punya azam sila bertungkus lumus untuk jadikannya kenyataan.aha Finelah bila pegi majlis orang kawen,mestilah ada pengantin kan.Lepas tu pakwe pakwe pun banyak.Jenuh aku nak kave sana sini yelah kot kot la sangkut sorang.hahahaha




Lepas tu rasa blank gila bila kakak dengan junior juniornya pang pung pang pung bukak cerita lama pasal meon la borhan la katijah la.Aku ni dah la duduk diantara diaorang memang kene tempias air liur je gamaknya.Tapi nasib aku ni penyabo banyak kalau tak aku dah buat buat sawan dah kat situ supaya kakak aku balik segera.Aku pun terpiki gak nanti sapelah antara aku dengan kawan kawan yang rapat dengan aku kawen dulu.Dah sah sah la derang kawen dulu.Ni min dengan zati pun tak lama nak kawen.Aku?Tak dapek de jep.Calon pun takde.ececeh saje nak bagitau korang.kot kot la ada nak masuk minang aku kan sebab tau aku single.hahahahah oke.tak kelakar ye main bab bab hati dan perasaan ni.




Oke.Tak payah terus cerita pasal kawen sebab umur masih muda ye kawan kawan.Ala baru 21 kan.ahahaha Tahu tak,aku jumpa budak comel tadi.Perghh comel sangat sangat.Tiba tiba rasa nak kawen.hahaha Tolong....i nak baby.hahahahhaha Gedik gila.




Malu la konon konon.Yang baju hijau tu aku adore.




Buat muka macho.awak,kawen jom.ala umur?buat apa nak rahsia.cewah



mak dia suruh 'amin' dengan aku.maksudnya salam aku la tapi dia bukan salam terus dia peluk aku.ecece kecik kecik dah gatal.macam tau tau je kakak suka bila awak peluk kakak.hehe peluk dua kali pulak tu.kakak wangi eh?kakak mandi guna lifebouy je bukan body shop pun.heh







okela kakak nak balik.
bai


terbayang lak camne aku kawen nanti.adakah aku akan tersipul sipul malu atau aku main hadooooo je macam sedia kala.



ohh...sem baru bakal bermula tidak lama lagi.sangat teruja.wink wink wink. *perkataan wink wink tu cam gedik kan.hahahah*

Dec 17, 2010

#RUMET:Kami boleh berkawan baik.....




Sebab


1.Aku hafal nama dia yang panjang berjela sampai tak muat borang siap dengan no matrik beserta tandatangan sekali.Senang nanti aku nak tandakan kehadiran kalau dia ponteng kelas.


2.Dia tua aku 5 hari.Jadi aku boleh bangga dekat dia yang aku lebih awek muda dari dia dan aku boleh kutuk dia nenek.


3.Dia lebih rendah dari aku.Maka nanti aku boleh belagak dekat dia cakap aku tinggi macam model lepas dia akan rasa gelisah lantas beli wedges yang tinggi gila lepas tu pakai dan ada hati nak ukur ketinggian palsu dengan aku.


4.Pakwe kiteorang tak sama.Eh eh eh ada pakwe ke?Aha Kalau sama mesti tak boleh jadi kawan baik tetapi mungkin boleh jadi kawan terbalik.


5.Dia suka ponteng kelas.Aku pulak tak suka pergi kelas.Jadi kami mempunyai persamaan yang sangat sweet.


6.Kampung dia kat kelantan manakala kampung aku dekat Perak.Walaupun memang tiada kaitan apa apa dengan persahabatan kami tapi aku peduli apa,aku tetap nak tulis jugak walaupun aku pun tak tahu apa kaitannya.


7.Dia mudah terpengaruh dengan aku.Bila aku hasut sikit suruh shopping terus dia shopping banyak banyak.Padahal aku hasut suruh shopping sikit sikit je.heh


8.Dia sayang aku.Tak percaya?Cuba tengok folder dalam hanfon dia.Gambar aku lagi banyak dari gambar pakwe(s) dia.Ternyata dia sayang aku lebih kan?aha


9.Dia anak sulung manakala aku pula anak tengah.Ini bermaksud dia anak pertama dalam keluarga.Jadi apakah kaitannya?Anda fikirlah sendiri.


10.Dia banyak tahu pasal aku dari orang lain.Yelah dah 3 tahun duduk sama kan,tak kira masa pagi ke petang ke syuruk ke,aku ngadap dia tak pun dia ngadap aku dan seterusnya.



Cukuplah sepuluh kan?Tahun depan aku sambung lagi.Selamat hari lahir yang ke 21 tahun nenek.Moga tahun ni lebih baik dari tahun tahun yang lalu.Ececehh..Jadilah kakak yang lebih baik dari tahun tahun yang lalu untuk aku.Selalu selalu la sedekah duit untuk aku.hahahaha Jangan gatal betul.Kawal kegatalan ko.Cuba contohi aku yang tak gatal ni.ahahahahha Yang paling penting kawen,jangan lupa panggil aku jadi pengapit.Aku nak pakai baju sama dengan ko boleh tak time ko kawen nanti.Ala boleh laaa...hahahhaa

Dec 16, 2010

Sanggul lintang bersama pasukan koir tangkap muat

Ini cerita orang kawen hari tu kat melaka.Saja nak stori kat korang kan keunikan pakaian melaka masa kahwin.Korang tau kan ada majlis berinai.Ada yang berinai besar ada yang berinai kecil.Kalau orang dulu dulu majlis berinai ni memang betul betul berinai.Selalunya sehari sebelum nikah.Tapi orang sekarang dah malas nak buat camtu.Selalu majlis berinai ni derang berarak je dan kalau kat melaka derang berarak pakai sanggul lintang.



Mak aku dulu pakai sampai nangis nangis la.Memang beauty is pain.Tapi orang sekarang pakai relax je.Muka bersahaja je sambil bersalam dengan saudara mara.Sebabnya sanggul lintang sekarang ni tiruan punya kot.Dah ringan.Mak aku kata dulu punyalah berat nak mampus.Tu yang sampai nangis nangis tu.Mak aku suruh kiteorang pakai nanti time kawen.Aku cakap kat mak aku tengoklah dulu,kalau aku rajin.ahahaha





time malam masa malam berinai





haaaa ni la sanggul lintangnya.dia lebih kurang macam baba dan nyonya punya baju kot





pengantin lelaki dah macam bruce lee




ni pula pada keesokan harinya

pakai pakaian rasmi polis atau petah nama orang panggil tu.aku pun tak tahu







dann yang palingg the vast sekaliii...pasukan koir tangkap muat dari kiteorang.memang spontan oke.tak plan apa.mama la tibe tibe suruh aku nyanyi.apa gile ke.malu la aku.lepas tu mama cakap jom ramai ramai.ni semua sepupu sepupu dan mak mak sedara aku.memang sporting habis.kalau arwah paklang ada mesti lagi happening












ni vedio nye.jenuh aku upload semalam.sehari suntuk.gila ah.

Dec 15, 2010

Kenapa tah tiba tiba aku cakap pasal ni

Kadang kadang satu perkara tu terjadi macam kita tak pernah.Macam eh aku tak pernah mintak pun tapi Tuhan bagi.Means mesti ada something disebalik yang Dia bagi kan.Kadang kadang kita perlu buat pilihan dalam hidup.Dan pilihan tulah sangat susah nak buat.Pilihan terjadi bila kita mengizinkan mata atau hati terpaut lebih dari satu perkara atau manusia.




Buat lelaki yang masih menanti jawapan dari seorang perempuan,aku nasihatkan agar bersabar dan jangan gelojoh.Kau tahu,hati perempuan ni lembut.Lagi kau sogok,lagi keras nanti hati dia.So,kalau betul kau sayang dia bagi dia ruang untuk dia buat pilihan.Bagi dia masa untuk berfikir.Jangan sampai dia pilih kau atas dasar kasihan.Sedeh kan?Kalau pilihan dibuat atas dasar simpati.Macam no value.Siapa?Entah.




Cinta pun bukan maksudnya kau akan konfirm dapat memiliki dia kan.Pernah dengar lagu RELAKU PUJUK?Ha itulah ciri ciri lelaki yang ada umphhh.Kau hayati bait bait lagu dia.Aku cakap ni bukan apa sebab aku tengok ramai lelaki yang gelojoh terburu buru dan pendesak ni selalunya tak dapat perempuan yang diidamkannya.Selalunyalaa yang jadi depan aku,yang jadi belakang aku tak tau la plak kan.




Dan bak kata kak intan yang sabar itu ajaib.Kalau perempuan yang kau kejar tu tak nak kat kau buat masa tu,tugas kau bukan pergi hunjun dia tapi sebaiknya kau berdoa moga hati dia Tuhan bukakan untuk kau.Kau kene tahu yang doa tu lebih ajaib.Lama lama perempuan tu akan rasa kehilangan kau.Masa tu perempuan tu mungkin dah dapat jawapan dan dah dapat buat pilihan siapa yang sepatutnya.cecececec...




Aku sangat tak boleh tengok lelaki yang sabar menanti sang bunga idaman dan masih cool.Mereka kelihatan begitu seksi berkelakuan begitu.hahahahahahhaa


Yang paling penting,chill..kalau dah jodoh tidak akan kemana.Ye dak?



Dec 13, 2010

Baju kawin saya pula bagaimana ye nanti?

Tahu atau tidak kalian bahawa hari tu saya telah memunggah barang barang kawin mama yang dah 27 tahun belalu.Sian ibu bapa saya sebab dapat anak yang suka mengepis konon nak menambah keyakinan diri.Maka setelah mengobek ngobek maka saya terjumpa baju baju kawin mama yang telah dihadiahkan oleh abah suatu ketika dahulu.Maka ditakdirkan Tuhan,saya pun mencuba.



Gembiranya rasa dihati sebab saya muat memakainya.Tapi muat muat badan la kan.Maka dengan bangga saya menunjuk kepada mama lantas mama menguntum senyuman berbanding dari memberi penampo kepada saya.Mama telah merequest agar saya memakai bajunya itu masa kenduri kahwin sepupu diMelaka.Mula mula saya semangat nak pakai,lepas tu bila dah berada dimelaka rasa malu pula nak pakai sebab rasa macam over pula.Akhirnya pakai juga.Dan inilah hasilnyaa...





Kain labuh sebab mama tinggi.Seboleh boleh mama cakap dulu mama lagi kurus dari saya sebab mama pakai longgar.Tetapi saya pakai pula muat muat badan.Semut nak lalu pun pikir limapoloh kali mungkin sebab takut mati tersepit.




Pakai tudung bawal sahaja sebab taknak nampak macam mak enon-over-macam-dia-yang-kawin-pulak.Tapi dugaan pakai tudung biasa adalah berasa rendah diri apabila ditiup angin.Lihat sajalah gambar diatas.sob sob sob





<
adakah diwaktu usia perkahwinan saya sudah menjangkau 27 tahun saya akan kelihatan seperti mama.ohhhhh.....tetapi siapakah suami saya.eauwwwww....tak sabar mak nak tahu...hahahaha





budak yang eyebag dah macam bag sekolah dah bagi dia.angkut sana sini.orang kata dah teman sepermainan la gamaknya.tak habis habis betul tudung.tehehe




adios

Diari semalam

Malam tak boleh tidur sangat sebab asik terjaga untuk berlari ke tandas kan.
Lepas tu bangun awal dari kakak pada jam 12 tengah hari.tehehe
Kakak terlalu kagum dan bangga.
Lepas zohor pergi makan tengah hari dekat giant sebab mama abah keluar pergi dating.
Kemudian,balik rumah pintu rumah tak boleh bukak.
Sangat marah ketika itu sebab perut sakit dan tak mandi lagi.
Setelah beberapa ketika mencuba akhirnya berjaya.
Terus mesej mama dengan penuh bangga.
Kemudian tidur lagi sampai jam 6.30 petang.
Bangun bangun terus teringat mee goreng mamak yang dibungkus waktu makan lunch tadi.
Lunch makan claypot tapi tapau mee sebab saya faham dengan perut sendiri.hehe
Lepas maghrib keluar pergi karok.hehe
1 jam je tak puas oke.hahahahah



pakai tudung bunga bunga terus rasa macam ayu sepanjang malam
lepas tu pakai jeans hitam sebab nak bagi kaki tak nampak gemuk sangat.
haha
cubalah tips ni
heh




Macam biasa karok dengan kawan baik dan kakak kandung.



Ini kawan baik sejak dari zaman sekolah.



ini pula kakak kandung sejak dari lahir.heh



Ini saya.aha Errr tarik kasida tu.ahahahaha




kawan baik saya ni memang over banyak.nasib la saya ni jenis penredha.terima je kawan seadanya.sian kakak kandung saya diganggu semasa feeling menyanyi.ahahaha



Yelah keluar kan lepas maghrib,takkan nak karok lama lama pulakkan.Nanti ibu bapa dikampung pasti berasa amarah.Maka nak puaskan hati kene ambil gambar kenangan banyak banyak.



gaya pertama seperti nasyid




gaya kedua terus bertukar jadi malik noor




gaya ketiga adalah remaja remaja yang sehat.err remaja lagi ke kami ni.aku belum 21 tahun lagi kira remaja la kan.Akid dah 21 tahun maka dah jadi belia ke warga emas.heh



kakak kandung dan kawan baik



oke.selamat malam korang
harap dapat mimpi yang gembira serta menarik
:)

Dec 10, 2010

Dah 27 tahun rupanya.....

27 tahun yang lalu.....

Teringat lagi zaman pandang pandang jeling jeling gayut gayut sampai patah dahan pokok lepastu guna gam uhu untuk gamkan balik.Lepastu teringat lagi kenangan sikat panjang terletak dibelakang dibahagian punggung.Rakan rakan semua panggil tunangku ada keris.Walaupun rambut tak de sekalipun,setiap kali turun kereta atau motosikal wajib untuk sikat rambut meskipun macam tak de kesan pun kalau tak buat.



Ececehhh bajet macam aku yang berkahwin kan.Selamat ulang tahun buat mama dan abah yang ke 27 tahun.


Baiklah tanpa membuang masa mari ikuti segmen selebret bersama kami,keluarga aspirasi bonda.




mukadimmah mesti gambar perempuan pucat yang macam baru lepas pantang.hahahaha



bersama kakak tersayang


fes sekali kiteorang pergi beli makanan.order kek secret recipe,lepastu pergi beli keyepsi lepastu pergi beli dominos.Aku yang tak sabo sabo pelahap beno sempat katamkan seketul ayam sambil tunggu variety bucket siap.heh



Selesai membeli.Maka kene rancang strategi.Tapi rancangnya kurang,gelak saja lebih.Cakap sikit nak gelak.Cakap sikit nak gelak.Tak paham betul.heh




khusyuk aku dengan kakak dengar akid menipu.hahaha



Apabila sudah merancang,maka tindakan harus dijalankan.


orang gaji pergi amik makanan.hahahahahhaha jangan marah akid.padan muka ko.kah kah kah

sebelum tu.mari panaskan badan bersama kamii

tarian kuda kuda



mood bajet model



lumpaatttt.yahuuuuuu



Lepas tu,cumi tiba dipangkuan kami.bukan pangkuan aku la tapi pangkuan akid.



ceria bebeno



lepas tu kemunculan dayah yang bergegas pulang untuk amik laptop yang mengandungi lagu pengantin baru dari saloma



ceria jugak..



Kemudian,sesi mengatur susunan yang diketuai oleh ajk tugas tugas khas iaitu aku la.hahaha




selesai.mari bergambar
:)



lepas tu tutup lampu.padahal masa ni dah kantoi sebenarnya.hahahahaha tapi buat jela.tergelak gelak time ni.




apalah maknanya kek kalau takde muka aku sekali kan.heheh



nerbes tunggu mama dan abah keluar



bayang bayang abah telah kelihatan.yehhhaaaaa




mama jugak sudah muncul menjelma..treng teng teng



kemudian bergambar bersama penaja utama



mama gembira sebab dapat meniup lilin dengan sekali lafaz je.eh eh eh macam nak nikah je.maksud aku dengan sekali hembus.ehehehe



sesi potong kek




anak anak mama.tinggal gadis gadis je.pilih pilih.hahaa




tapi pekerja pula semua lelaki.wow.hahaha



oke.sesi berebut makanan.mari serbuuuuuuuu





sopan kan aku?hahahha



alif.pekerja mama yang stylo.stylo ke????hahah



doctor wannabe.dayah



cikgu azua



dila adik akid.moga dila tak jadi sotoi macam akid.hehe



rambut cumi dah tak kembang macam dulu.apa rahsianya??



malas la nak tulis apa apa kat si sotoi ni.hahahaha



eh eh eh aku la.tehehe malu plak.




setengah round



akhir sekali kek telah dihabiskan oleh alif dan akid,.gila ah alif bantai 4 pinggan kot,akid aku tak perasan berapa tapi aku yakin dia makan banyak gak la.




oke.ini aku lagi.tehehehe malu lagi.



oke.ringkas kan entri ni?sebab bilik aku tengah semak macam stor sekarang ni.lepas tu jam dah pukul 4 pagi.esok akan bertolak ke melaka jam 8 pagi.jadi kene bergegas.maka selamat pagi semua.mari bersahur.tibe tibe



selamat ulang tahun mama abah
yang ke
27tahun
kami sayang sangat sangat kat mama abah




terima kasih tuhan sebab limpahkan rezeki serta panjangkan usia kami.dan yang paling utama syukur atas kebahagiaan yang dipinjamkan selama hari ini sehingga la malam tadi.seronok sangat.!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails