Dec 30, 2009

TUHAN,minta tidak kau ambilnya dari kami semua:(


Tawanya pembawa bahagia
katanya pedoman buat kami sekeluarga
jasanya tidak dapat kami hitung banyaknya


dia bapa buat kami
dia juga datuk bagi kami
kami masih bersatu kerana kekuatannya


TUHAN
kini dia lemah disana
aku tidak mampu berbuat apa
doa yang aku salurkan buat dia
agar dia kuat hadapinya


TUHAN
kami benar benar belum bersedia
untuk dia pergi selamanya
izinkan kami meminjamnya
untuk terus bersama harungi dunia


aku insan hina
tidak ada kuasa dayanya
hanya ku pinta
minta tidak kau ambilnya dari kami semua


p/s:pak lang di ICU.doakan pak lang kami selamat hendaknya.
we love you pak lang.




Photobucket

Dec 29, 2009

hari pertama sekolah

28 dec 2009

Hari pertama sekolah macam biasa kelas pertama terponteng dengan benar benar ikhlas tidak sengaja.Jalan kehulu kehilir daftar subjek sambil berjabat jabat tangan dengan rakan rakan yang lain.Kegembiraan kelas makmal yang tidak akan wujud untuk beberapa hari pertama.Yeah!


Kegembiraan kelas yang terbatal membawa kami menikmati pemandang pusat membeli belah yang indah dengan YEAR END SALE.Dengan niat yang satu untuk menonton ZOMBIELAND kami meredah ribuan manusia yang turut sama mungkin menikmati hari pertama persekolahan.Tempat membeli tiket tidak tumpah seperti kantin sekolah yang dihujani dengan budak budak kelaparan yang tak sarapan pagi sebab mak ayah bangun lambat.

yang tengah tuh pengadil

Sebelum menonton eloklah kiranya sebagai seorang gadis (comel) bersama rakan yang berjemaah kekurangan duit untuk menjadi jakun seketika akibat berlambak gila baju dimerata rata tempat.Tanpa segan silu,kami mengadakan aktiviti wajib ketika ketiadaan duit iaitu PHOTOSHOOT.





Gadis (comel) ini juga telah melantak dengan agak banyak untuk hari semalam.Tetapi alhamdulillah beliau cuba insaf untuk hari ini dengan menikmati hidangan tengah hari dua buah sosej berserta berbutir butir nasi dengan lauk masak lemak yang cili apinye tidak kelihatan agar azam 2010 untuk tampil seperti model tercapai hendaknya.


Perjalanan kami semalam memakan masa yang boleh tahan lama sehingga gadis (comel) tersebut tidak tertahan lagi mahu bertemu katil tercinta.Dengan beg sekolah dan pakaian seperti mahu pergi pasar yang dah dihujani peluh yang berlambak,beliau kental juga menghabiskan hari pertamanya dengan jaya.Yeah!




Photobucket

Dec 21, 2009

Jenama lelaki yang saya mahu

Masa mula mula I tengok you.I dah terpikat dah.Hati I dah jatuh tergolek golek dah.I cepat cepat kutip balik hati I,simpan elok elok kat tempat asal.Hey,I bukan perempuan sembarangan okeh.I takde buat megasale okeh.Hari raya haji ke thaipusam ke,I tetap jual mahal.Kalau you carik I kat pasar malam sekalipun,jangan harap I nak bagi 3 seringgit.


You pandai ambik hati I.Eh,maksud I bukan ambik terus.Macam you pinjam la.Pastu,I cepat cepat ambik balik hati I supaya you tak curik lama lama.You pakai smart smart.Baju tshirt bundal yang tak luntur lagi,seluar jeans bersaiz normal yang bukan you pinjam dari adik perempuan you atau nenek you punya yang lima puluh tahun lepas.You memang tak suka menunjuk.Walaupun you tough,sasa,seksi tapi you pakai baju longgar longgar.Seluar pun sama tapi tak la sampai terlondeh nak tunjuk punggung atau seluar ikut saiz betis you.


I saje nak uji you.I cakap kenapa you tak buat rambut macam tomok ke akim ke aril ke.Tak pun kaler kaler rambut you macam bendera malaysia.You cakap kalau buat rambut macam tuh,tak smart.Kalau kaler rambut nanti berdosa.Sejuk perut pancreas I dengar walaupun bukan I yang memengandungkan you.I tahu sebenarnya you buat semua tuh sebab I tak suka kan?Tu yang I macam tak boleh tak cakap you nih manis.Haih.


I ni malas belajar.Nota,tutor memang tak pernah nak buat.I dah banyak kali insaf tapi I kan manusia biasa tak lari dari kealpaan.Ehem.Tapi you selalu bagi I semangat.Macam nyanyi lagu 'Fikirkan Boleh' untuk I.Lepastuh nasihat I banyak banyak sampai I tertidur sebab you nak I jadi manusia berguna bukan sahaja untuk you tapi untuk negara.I selalu kagum tengok you sebab you rajin belajar.You cakap kalau tak rajin,nanti tak boleh nikah dengan I cepat cepat.I malu tau you cakap macam tuh.Macam gelojoh sangat je dengan I.haha



Bila I tak sependapat dengan you.You redha je.Macam mengalah sebab you tahu I nih budak budak.Masih dalam era pra matang.You tak pernah cakap kasar kasar dengan I.Setiap kali you cakap dengan I,mesti muka I macam merah merah dah.Jantung I dah macam tak berdegup dah.Hati I macam kene masuk dalam freezer balik sebab dah cair.Kata kata you selalu buat I macam tenang.You memang sweet la.Boleh kencing manis I tau.



Yang paling I tergoda bila tengok you pulang dari masjid bukan sahaja time solat jumaat je tapi tiap tiap waktu solat.Lagi lagi kalau you pakai kain pelekat dengan baju melayu tangan singsing sikit.Haih.I masa tuh istighfar banyak banyak.Mintak tuhan bagi kekuatan banyak banyak kat I.heh You selalu ingatkan I waktu solat.Lepatuh,you suruh I jaga aurat.Jangan menggelabah sangat nak berfesyen sampai tak hingat dunia.I buat buat pasrah dengar you cakap padahal memang I pasrah pun.heh



Sekarang you dah jadi orang berguna.Gaji you banyak.Tak tak,I bukan pisau cukur la.I tak pandang harta you.Tapi I pandang agama you.Ehem.Eh,I ikhlas ni.Tak percaya pulak.You cakap nak pinang I.I malu lagi sekali.I dah berangan nak lari lari masuk rumah hempas badan atas katil senyum sorang sorang tanda setuju.You tahu I suka lampu stadium yang terang tuh.So,You lamar I kat tengah tengah padang stadium yang terang.Wow.I rasa macam romantik sangat.You nih memang terbaik dari ladang la.Tehehe...


Err..aku mahu macam ini boleh?ada lagi tak sekarang?




I menunggu you dibawah bulan purnama.keh keh keh

Photobucket

Dec 16, 2009

10 perkara yang aku tak suka

1) Belog aku terbengkalai,lepastuh bila nak start taip balik dah tak hafal dah huruf huruf kat keyboard.Jadi,bila nak taip jadi lambat sebab kene tengok keyboard sambil taip.


2)Berat naik 2 kg.Aku rasa aku tak pernah makan batu bata.Tapi musykil betul berat naik sampai macam tuh sekali.Tak de simpati langsung kat aku yang teringin nak jadi model (jalanan).Agak agak la pun kalau nak naik.Tunggulah aku dah ade anak dalam 7 orang ke baru lah naik.heh


3)FACEBOOK.Aku tak paham apasal la kau orang rajin benau tag aku.Kalau ada gambau muka aku (comel) tak pe gak.Boleh gak aku basuh mata.Nih gambau ntah apo apo la ekau orang pergi tag aku.Stress aku dibuatnya.


4)Aku dah tak segenius dahulu.Aku jadi macam tak puas hati bila orang sibuk sibuk photoscape result dia tampal kat belog.Memang mencabar kewanitaan aku ah.Aku nak bangga result kat universiti apex memang tak dapat la.Result spm dulu boleh tak?heh


5)Orang perempuan yang mencarut macam tak de perkataan lain yang diketahui.Come on lah wahai kaum sejantinaku.Aku rasa macam tak besh la kalau kita yang patut ada nilai nilai lemah lembut nih (ehem) jadikan carutan tuh macam perkataan harian.(nanti aku huraikan kat entry lain.dont get me wrong.ecehh speaking tak bleh bla)


6)Lelaki tak habis habis jatuhkan perempuan dan sebaliknya,Come on lah.Kita sama sama saling memerlukan.Aku jadi macam menyampah gila bila baca benda benda camni.Dua dua nak tunjuk macam bagus.Padahal dua dua sama je.


7)Lagi beberapa hari umur aku akan genap 20 tahun.Lepas nih umur aku start dengan nombor 2 kat depan.Susah betul nak sesuaikan diri la dengan kehidupan yang semakin dewasa ni.eceh.heh Lepas nih dah tak boleh nak sweet sweet pastu belakang ade teen macam sweet nineteen.huh (frust)


8)Aku masih tak de konfiden nak bawa kereta.I sedih tau.Padahal dekat lesen dah tak de perkataan P pun.haish! Sem depan banyak kelas tak sama dengan min.Kalau aku boleh drive,abah mesti bagi aku bawa kereta.heh Abah suruh bawak moto.hahahaha Aku gelak panjang.


9)Cuti aku dah tak lama lagi.Lepastuh kena pergi kelas.Balik kelas.Pergi mesyuarat ntah hape ntah.STRESSS BETUL!



10)Semua diatas aku tak suka.nanti aku tambah lagi.hehe


p/s:Thankz kau orang sebab sudi klik untuk aku.I lap u kilat kilat ah.heeeee~


p/s lagi: aku tahu kau orang rindu aku kan?hahahahahah






Photobucket

Dec 9, 2009

'kalau peluk tu,biar peluk betul betul'

Aku sebenarnya tak biasa tengok cerita SEHATI SEJIWA kat tb1 tu.Yela kang tengok cerita cerita camtuh,terlayan feeling sorang sorang kan.Senyum senyum macam kerang goreng bayang aku pulak yang kahwin.heh


Episod tadi pasangannye Lan Kristal dengan isteri.Pergh 10 tahun bercinta beb.Banyak dugaan tuh.Banyak mende kene jaga.Haih.Tapi paling yang aku tak boleh bla dengar isteri dia cakap 'Kalau dia kene ambik gambar peluk dengan perempuan lain,biar peluk betul betul.Saya tahu tuh kerja'.

Nak je aku menghamburkan kata kata nista.Apa kejadahnya kau nak suruh suami kau peluk perempuan lain.Siap kau galakkan dia peluk betul betul.Kang dia betul betul peluk tak nak lepas kang,haaa baru kau menangis berlagu lagu.heh


Kalau itulah yang kau namakan sebagai memahami,aku rasa kau dah salah konsep kot.Bukan semua benda kau boleh faham,kalau benda tuh salah dari segi adab kau sebagai suami atau isteri (segi agama jangan cakap la,memang tak de bantahan),kau kene lah jaga suami atau isteri kau tuh.


Aku malas nak emosi lebih lebih.haha Tuh suami kau,bukan suami aku pun.Aku saje je nak heboh heboh sikit.hehe Aku tahu masing masing ada pendapat masing masing.Tapi kalau suami(ehem) aku buat macam tu,nak tengok aku bertukar jadi sailormoon try arr.Hahaha Takut tak?Takut tak?



Ape pun sebagai gadis (comel),aku doakan moga kau orang kekal bahagia dunia akhirat.amin
(baik tak aku..kikiki)

Photobucket

Dec 6, 2009

kalau dah ada yang istimewa,hargainya sebelum terlambat

Abu dan Aminah adalah pasangan kekasih.Mereka telah berkasih hampir 4 tahun lamanya.Sepanjang tempoh perkasihan,hubungan mereka macam pasangan pasangan lain yang ada pasang surutnya.


Cuma apa yang memelikkan aku adalah bila mereka bergaduh tempohnya agak lama.Masing masing ego.Abu tunggu Aminah,Aminah tunggu Abu untuk menjernihkannya semula.Alih alih rathiqah datang untuk membantu.haha tak tak aku tipu je.Selalunya punca pergaduhan mereka adalah kerana Abu terlalu ramah dengan perempuan.Semua dilayannya.


Baru baru ini mereka bergaduh lagi.Tetapi mungkin ini agak serius.Mereka sudah tidak berhubung hampir berbulan lamanya.Padahal jarak antara mereka tak lah jauh mana.Kalau nak main sorok sorok pun susah sebab mesti terjumpa.heh Nak bercuit cuit apatah lagi memang senang lah.haha


Satu hari,Aminah jatuh sakit.Mak abah aminah datang untuk ambil aminah pulang kerumah untuk rawatan lanjut.Abu dapat tahu beberapa hari selepas aminah pulang melihat ayam dan itik dikampung.Abu pun tanpa berlengah terus ke Farmasi,beli sugus ke apa ke (heh) dan terus menunggang motosikal dan menuju ke kampung aminah yang perjalanannya mengambil masa dalam 7 jam lamanya.Fuh!


Sesampainya Abu dirumah Aminah,Abu sudah tidak berdaya lagi.Tempoh perjalanan yang lama menggilas dengan perut kosong membuatkan Abu lemah.Lalu Abu meminjam sofa Aminah yang berada di beranda.Baru je nak lelap,Aminah mengamuk apabila terlihatkan Abu yang best landing kat sofa dia.


Aminah jerit jerit 'PERGI KAU!' 'AKU TAKNAK TENGOK MUKA KAU LAGI!'.Abu berhati kering.Dia buat buat tak dengar.Aminah bengkek.Aminah jerit 'TOLONG TOLONG.ADE PEROGOL!'.Jeritan yang kuat tuh,buat Abu cuak.Abu tinggalkan sugus ke hape ke yang dia beli dan terus cabut.

Apakah kesudahannya???


____________________________________________________________________

Buat lelaki

Kalau dah ada yang istimewa tuh,jagalah hati dia sebaiknya.Sebab bila si perempuan sudah tutup pintu hati dah tak de apa boleh buat. Kalau si perempuan merajuk,pujuklah mereka dengan apa cara sekalipun.Jaga biar ia terus membengkak lalu bernanah dan berdarah.Dan kesannya tak boleh hilang dah.(eceh)



Buat perempuan

Janganlah mengade ngade sangat (macam aku) haha.Janganlah sampai cakap orang yang pernah kita sayang tuh 'PEROGOL ke hape ke'.Cuma ingat balik kenangan kita dengan dia.Pengorbanan dia untuk kita.Kasih sayang dia untuk kita.hehe


p/s:aku saje nak kongsi dengan kau orang.Citer nih aku dah olah siket tapi isi dia tetap sama.Aku tak berniat apa apa.Cuma peringatan buat kita.Hargai sebelum terlambat.


Pakcik,wa ai ni. (ceh dan dan nak wa ai ni) haha



Nah aku belanja kau orang makan desert.hehe


Photobucket

Dec 3, 2009

hot::hotter::hottest




Model pertama kita dari shah alam.Bernama syafiqah.Hyper active gile.Panjat sana sini.Hempas badan la apa semua.Berani,suara serak basah tapi tak suka makan.Dia suka cakap kat adik dia AIMAN HAZIQ ,'aiman gemuk.tak cantik.'ish3 kocik kocik lagi dah pandai.heh







Model seterusnya,amir azfar.muka blur.Tapi comel tak hengat.Mengade ngade plak tuh.Kalau kau dukung dia,punyalah dia suka.Tapi kalau kau letak dia,nangis.Tak takut orang.Sape sape nak pegang dibenarkan.Dia takkan nangis.Geram gila kat dia.heh
(Bukan aku yang dukung dia time nih,aku tukang capture je sebab nanti aku rasa nak gigit dia.hehe)


Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.ye tak?haha Dia orang semua comel comel belaka sebab mak cik sedara dia kocik kocik dulu pun comel tak hengat.heh Dah bosa nih lagilah comel.haha

Photobucket

Dec 2, 2009

diri kita perlu diupdate selalu

Dalam hidup, kita perlu ada keseimbangan.Keseimbangan dalam segala segi akan buat orang senang pada kita.Memanglah bukan semua orang yang akan senang dengan kau tetapi sekurang kurangnya trafic untuk orang benci kau tuh kurang la.


Aku suka belajar dari apa yang aku lalui,nampak,dengar dan rasa.Sifat pentingkan diri itu kadang kadang perlu ada dalam diri tetapi jangan keterlaluan.Kau perlu sedar kau hidup dengan masayarakat.Walau kau sentiasa tegakkan yang kau mampu hidup tanpa orang lain,tetapi kau perlu ingat kalau manusia tak redha dengan kau,akhirat kau macam mana?


Kalau kau berbuat dosa dengan tuhan,Tuhan tuh maha pengampun.Tetapi kalau kau guriskan hati manusia apatah lagi kalau kau sendiri tidak sedar akan semua itu akibat dari egois tinggi kau tuh,kau boleh fikir tak akibatnya?


Jangan kau guna prinsip 'IKUT KEPALA SENDIRI'.Kau kene fikir yang kau berhubung dengan manusia yang punya hati.Jaga hubungan sesama manusia iu penting tak kira la saudara,teman mahupun musuh.Walau kau punya target,impian atau apa sahaja untuk kau capai,realisasikan ia dengan kesenangan dari manusia disekeliling kau.


Jangan terlalu angkuh dalam melayari dunia kau walau memang ternyata dunia kau,kaulah pengemudinya.Ingatlah jika ada sesuatu yang buruk orang perkatakan tentang kita.Bukan seharusnya kita serang kembali,ambil hati atau sebagainya tetapi lihat kembali diri kita.Mungkin dia yang Tuhan hantar untuk menyedarkan kita.


Photobucket

Dec 1, 2009

jaga muka secara tradisional

Aku nak kongsi tip sikit.Mungkin kau orang rasa macam leceh dan banyak koje.Terpulanglah.Aku just nak share sensaje.heh Mama kata muka aku time sekolah muda remaja nampak lagi fresh dan terurus berbanding sekarang.Memang pun.Aku dah tak jaga sangat muka nih.Biau aje cemane pun.


Aku ni memang susah sikit nak letak pape kat muka.Takut muka rosak.So,aku memang tak pakai pencuci muka.Aku lagi prefer pakai yang tradisional punya.Jimat pun jimat walaupun agak leceh.Mase form 4 form 5 dulu aku amalkan pemakaian tomato ngan timun kat muka.Berkesan beb.Tapi aku tak tahulah muka kau orang.



Aku mase time sekolah dulu.Muka favourite tu.haha

PENGGUNAAN TOMATA

Tomato tuh bukan je boleh lembutkan kulit kau orang dengan sihat dan semula jadi tetapi juga dapat menghilangkan sel sel mata serta bintik bintik hitam.



Mula mula,kau orang mestilah ada tomato kan.Pastu kau orang potong jadi cam gambar kat atas ni.


Lepas tuh,kau orang sapukan kat muka sampai kalau boleh hancur lebur tomato tuh.hehe Kalau nak lagi berkesan,setengah lagi kau orang telan.Buat sekali setiap hari je.

Bila dah lumur kat muka,kau orang biar dalam 15 ke 20 minit.Pastu bilas.

ok.selamat mencuba.heh

p/s:pasal timun lain kali k.heh
Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails