Jan 1, 2010

Itu sudah janjiNYA,,pak lang pergi buat selamanya

Posted by rathiqah azmira rosli at 9:00 PM 7 comments
Sepantas kilat.Tanpa sepatah kata buat pedoman kami.Arwah pergi tinggalkan kami.Tanggal 1 januari 2010,jam 4.04 pagi arwah disahkan doktor pergi buat selamanya.Bagi kami,ia seperti mimpi.Berulang kali kami yakinkan diri bahawa arwah telah pergi menyambut seruan Illahi.


Usikan,gelak tawa,nasihat bermain main di fikiran kami.Arwah telah persiapkan segalanya sebelum beliau pergi.Ia terlalu awal untuk kami terima semua ini.Ya,kami redha.Terlalu mudah arwah pergi.Pergi tak kembali


Alhamdulillah,sebelum arwah pergi aku sempat sampai ke hospital jam 2 pagi.Aku sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir.Alhamdulillah Tuhan permudahkan segalanya.Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.Apa yang menyenangkan hati kami,arwah pergi dengan senyuman dibibir.


Semoga kami sekeluarga (AMINAH NOR FAMILY) tabah hadapi pemergiannya.

*al fatihah*


Photobucket

Dec 30, 2009

TUHAN,minta tidak kau ambilnya dari kami semua:(

Posted by rathiqah azmira rosli at 7:14 PM 18 comments

Tawanya pembawa bahagia
katanya pedoman buat kami sekeluarga
jasanya tidak dapat kami hitung banyaknya


dia bapa buat kami
dia juga datuk bagi kami
kami masih bersatu kerana kekuatannya


TUHAN
kini dia lemah disana
aku tidak mampu berbuat apa
doa yang aku salurkan buat dia
agar dia kuat hadapinya


TUHAN
kami benar benar belum bersedia
untuk dia pergi selamanya
izinkan kami meminjamnya
untuk terus bersama harungi dunia


aku insan hina
tidak ada kuasa dayanya
hanya ku pinta
minta tidak kau ambilnya dari kami semua


p/s:pak lang di ICU.doakan pak lang kami selamat hendaknya.
we love you pak lang.




Photobucket

Aku jual dress untuk pertama kali.Do support me dears!

Posted by rathiqah azmira rosli at 2:32 AM 18 comments

1st ITEM:FREE SIZE (RM70)




2ND ITEM:FREE SIZE (RM50)




3RD ITEM:FREE SIZE (RM 65)




4TH ITEM:FREE SIZE (RM45)
(BOOKED)




5TH ITEM:XL (RM45)


FREE POSTAGE FEE.

CEPAT TOLONG AKU HABISKAN STOK

:)

Photobucket

Dec 29, 2009

hari pertama sekolah

Posted by rathiqah azmira rosli at 10:05 AM 11 comments
28 dec 2009

Hari pertama sekolah macam biasa kelas pertama terponteng dengan benar benar ikhlas tidak sengaja.Jalan kehulu kehilir daftar subjek sambil berjabat jabat tangan dengan rakan rakan yang lain.Kegembiraan kelas makmal yang tidak akan wujud untuk beberapa hari pertama.Yeah!


Kegembiraan kelas yang terbatal membawa kami menikmati pemandang pusat membeli belah yang indah dengan YEAR END SALE.Dengan niat yang satu untuk menonton ZOMBIELAND kami meredah ribuan manusia yang turut sama mungkin menikmati hari pertama persekolahan.Tempat membeli tiket tidak tumpah seperti kantin sekolah yang dihujani dengan budak budak kelaparan yang tak sarapan pagi sebab mak ayah bangun lambat.

yang tengah tuh pengadil

Sebelum menonton eloklah kiranya sebagai seorang gadis (comel) bersama rakan yang berjemaah kekurangan duit untuk menjadi jakun seketika akibat berlambak gila baju dimerata rata tempat.Tanpa segan silu,kami mengadakan aktiviti wajib ketika ketiadaan duit iaitu PHOTOSHOOT.





Gadis (comel) ini juga telah melantak dengan agak banyak untuk hari semalam.Tetapi alhamdulillah beliau cuba insaf untuk hari ini dengan menikmati hidangan tengah hari dua buah sosej berserta berbutir butir nasi dengan lauk masak lemak yang cili apinye tidak kelihatan agar azam 2010 untuk tampil seperti model tercapai hendaknya.


Perjalanan kami semalam memakan masa yang boleh tahan lama sehingga gadis (comel) tersebut tidak tertahan lagi mahu bertemu katil tercinta.Dengan beg sekolah dan pakaian seperti mahu pergi pasar yang dah dihujani peluh yang berlambak,beliau kental juga menghabiskan hari pertamanya dengan jaya.Yeah!




Photobucket
Related Posts with Thumbnails